Friday 21 December 2012

Robotkah kita?

Kita sebagai pelajar, tidak lepas dari assignments, tests, dan classes. Pada waktu pagi, kita bangun mandi, solat , bsiap sebelum ke kelas dan seterusnya. Aktiviti harian kita selalunya mbawa aktiviti-aktiviti tersebut kepada sebuah rutin tanpa kita sedari. Seperti sebuah robot. Robot yang hanya mengikut rutinnya. Namun dalam sebuah rutin, timbul sebuah bahaya. Bahaya itu mmbawa kepada sebuah persoalan. Mengapa sebenarnya kita belajar? Sebab ibu bapa? Sebab kelebihan keduniaan?

Sebab apa sebenarnya kita belajar ni?

Pernah tak kita tanya diri kita soalan ni dikala minum petang mahupun dikala bermain bsama anak kucing di halaman kampung. Hik.

Hakikatnya, kadang kala kita lose focus. Atau mungkin juga hilang fokus. Ye, kita hilang fokus. Hilang fokus selepas kian lama jauh dari tarikh pertama kita register untuk belajar. Semangat belajar yg pada mulanya berkobar-kobar, kian malap selepas jauh dari tarikh itu.

Namun, kita seharusnya ingat akan amalan kita itu diganjarkan bdasarkan niatnya. Niat itu menentukan vision kita. Kita sebagai pelajar, seharusnya ingat akan peranan kita di atas muka bumi ini: yakni sebagai abid dan khalifah. Maka, tajdid niat kita. Menimba ilmu ini hanyalah keranaNya bsandarkan peranan kita tadi.

Kadang kala, kita akan rasa stress ataupun penyakit lagi teruk bagi para pelajar, malas. Bila timbulnya perasaan sebegini, ingat kembali niat kita pada mulanya tadi. Jika memang ikhlas hati kita belajar keranaNya, ikhlas hati kita belajar untuk membina ummah, jadi mngapa wujud penyakit-penyakit tersebut?

Tajdid kembali niat kita.

Benarkah ikhlas hati kita dalam mencari ilmu dunia, dalam menjadikan ia sebagai alat dalam mencapai matlamat, semata-mata menggapai redhaNya? Benarkah?

Wallahua'lam.

Saturday 1 December 2012

Di sebalik kata-kata itu.

seketika tadi ku termenung seketika,
berfikir seketika akan kebenaran kata-kata itu,
memikirkan akan kebenarannya.

namun, hati ini masih berkeras.
berkeras untuk terus ingin memperjuangkan haq mereka di sana, 
mereka yang mungkin jauh dari diri ini,
tapi tak mungkin jauh dari hati kecil ini.

mengapa perlu ku takut akan kebesaran kuasa mereka yang zalim?
mengapa perlu tunduk pada mereka?

bukankah Allah telah berjanji yang suatu hari,
Islam akan tertegak di muka bumi ini?
jadi, mengapa kita masih takut untuk menegakkan kebenaran?
takut untuk menzahirkan apa yang tersimpan didalam hati kita?

sungguh, apa jua sekalipun yang terjadi,
ku percaya ianya yang terbaik,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang.


Saturday 13 October 2012

Exams.

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku."
Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinakanku."
[89:15-16]

Di sini, dapat kita lihat yang sesungguhnya Allah memberikan kesenangan dan kesempitan untuk menguji hamba-hambaNya. bukanlah untuk menghina mereka pabila mereka diberi kesempitan dalam hidup. bukanlah untuk manusia lalai pabila menerima ni'mat kesenangan dariNya.Tapi memberi mereka masa untuk bermuhasabah diri akan semua ujian yang diberi ke atasnya, dan keep on striving (mujahadah) for the best in life, just to please Him. So, mari terus kuat dan bersabar dalam menghadapi ujian yang terdekat yang bakal kita semua hadapi in less a week time; which is our final exams. Mari set-kan balik (tajdid) niat yang kita study for exams ni to please Him, not anyone else.

(some may ask, cemana sbnrnya nak betul betul faham set niat study for exam for Allah? this, my friends, will be further explained in the next post, inshaAllah.)

p/s, life itself is a test from Him.

Tuesday 25 September 2012

Tidak, diri ini tidaklah sehebat mana yang kau sangkakan. Diri ini masih banyak kelemahannya, kekurangannya. Namun, ku tak ingin putus asa dari rahmatNya. kerana sesungguhnya, orang yang berputus asa dengan rahmatNya itu adalah orang-orang yang kafir.
Menangis diri ini bukan kerana manusia,
Menangis diri ini bukan kerana putus cinta,
Menangis diri ini bukan kerana menyalahkan taqdir,

Tetapi

Menangis diri ini kerana mengenang kesilapan diri,
Menangis diri ini kerana ingin kembali kuat meraih redhaNya,
Menangis diri ini kerana mengenang besarnya nikmat kasih sayang yang dicurahkanNya buat hamba-hambaNya.

Wednesday 28 March 2012

A song which truly describes what I am going through right now. Though at times, you may feel so weak, that you have no one to depend on, remember, Allah swt is always there for you. He is the Best Provider for us :) <3

Berjalan Tanpa Henti-Devotees

*kuat, kuat kuat!

Thursday 22 March 2012

di Inclusion class :)

Pada pagi ini, ku ada kelas inclusion. Kelas inclusion ni sangat menarik, sebab dia banyak input baru untuk cekgu cekgu seperti ku yang sangat sensitip dengan hal hal inclusion budak budak ni. Kadang cam sangat sedih taw, bila tahu ada budak yang kne excluded from the class activity bila mereka itu, mungkin sedikit berbeza daripada orang lain. Sedih, sangat sedih. Tapi kan, ada satu quote yang saya tak dapat lupa dalam kelas tu, yang duk bermain lari lari anak dalam pmikiran selama almost 4o minit. statement itu ialah:

"When you have your own value, you will stand what you value in, you stand for what you value."

Ye, statement itu la yang duk main kejar kejar dalam kepala ini. Statement ni mmg sangat membuat diri yang lemah ini berfikir, jika benar ku rasakan Islam ini benar, cukup kuatkah kadar ku menegakkan kebenaran Islam itu ? dengan cara apakah diri ini telah menegakkan kebenaran itu?

Kadang kadang diri ini lemah. itu tidak dapat ku bangkang. Rasa diri ini minoriti. Suara ku tidak akan didengari oleh orang lain. Actions ku juga tidak akan memainkan peranan besar dalam masyarakat. Kemudian satu lagi statement yang tidak dapat ku sangkalkan kebenarannya telah dikatakan oleh cikgu subject inclusion ku.

"When you stand for your values, do things according to your values, what you believe in, no matter how long it takes, it will influence the people around you, your society and people will change for the better"

Hm, ada jugak kebenarannya statement ni. Ye, hidayah memang tidak akan datang bergolek camtu je kat org sekeliling kita. Tapi, apa effort yang telah kita buat untuk kita sampaikan kat orang sekeliling tentang values yang kita percaya? Tentang kebenaran Islam itu sendiri? Tentang kecantikan Islam itu? Cukup kuat ke kita dalam usaha itu? Ya Allah, rasa lemah sangat diri ni. berikanlah kekuatan kepada ku, Ya Rabb. Mari kita reflect diri kita. Apakah impact kita kepada society? Are we a good product of what Islam truly is? Memang hakikat, kalau yang bersuara itu minoriti, suaranya tidak akan berapa didengari. Yang menjadi contoh baik itu hanyalah segelintir manusia daripada a sea of people yang ada di dalam society kita sekarang ni. Tapi. Tapi. Tapi. Allah s.w.t.  tahu kan effort kita? mengapa perlu kita fikir siapa kita di dalam society ini untuk bersuara. Kebaikan itu akan sentiasa mengatasi ke-tidak-berapa baik-an (maaf la, a self made up word, hehe), bukan?

Mari kita imbas kembali sejarah orang tersayang kita in the wholeeee widee world, iaitu Rasulullah s.a.w. <3 Ingat tak cerita Rasul kita selalu suap makanan dekat pengemis yang buta, orang buta itu sentiasa mencaci Rasul kita tapi bila Rasulullah wafat, baru dia tahu, yang orang yang sentiasa menyuapinya makan itu, adalah orang yang dicacinya setiap kali dia disuap makanan. :'( tengok betapa sweetnye, Rasul kita ni. Orang caci pun, dia masih lagi buat kebaikan. Kalau kita? Orang duk cakap kita pelik ke aneh ke, adakah kita masih membuat kebaikan kepada mereka mereka tu? Jom reflect diri lagi. 

Tak kira apa orang fikir pasal kita, buat kat kita, kita masih lagi patut tunjukkan akhlak Islamiyyah.

"When you have your own value, you will stand what you value in, you stand for what you value in."