Sunday 22 September 2013

sebiru hari ini

hari ini, harinya sgt biru juga sgt panas. namun, byk aktiviti telah dlakukan.. dari program adik adik dimasjid.. hinggalah ke usrah dmlm hari.. penat itu, tidak perlu ku ungkapkn.. ianya mampu terlerai pabila hati ini berkata kata padaNya.. moga Allah redha!

Thursday 19 September 2013

Realiti di jalan ini

Aku semalam tersungkur
tersungkur ku tidak berteman.
Selepas insiden itu berlaku,
aku bagai digigit dengan realiti sebenar.
Realiti yang begitu menggugah pendirianku.
Aku bingung. Sungguh, aku bingung. Yang mana harus ku pilih?

Akhirnya, hati ini membisikkan kata kata pelembut jiwa.
Ia berkata, "jika benar kau melakukan semuanya untuk Dia, sememangnya Dia akan menolong mu ddlm segala aspek kehidupanmu. Mengapa harus kau takut? Kau tidak akan rugi apabila berjual beli denganNya. Bukankah syurga yang kau mahukan? Jika benar kau mahukan syurga, kejarlah ia hingga ke akhir hayatmu. Kau tidak akan pernah rugi. Percayalah."

Butiran butiran cinta kian jatuh. Hati ini seakan akan mengubat jiwa yang sedang gelisah. Ya, hati ini telah Allah gerakkan ia utk bermonolog sbgitu dalam agar aku teguh. Tegar dijalanNya.

Ya Allah, tsabatkanlah aku serta rakan rakan seperjuangan berada dijalan ini, jalan yang Kau redhai. Berikanlah nurMu kedalam hati kami. Berikanlah hidayahMu kpd kami.

Allahumma ameeen.

Friday 6 September 2013

Sakit.

Setelah sekian lama, hati kecil ini terdetik untuk menulis kembali. Beberapa minggu telah berlalu, namun, diri ini merasakan tidak banyak yang telah ku sumbangkan terhadap dnt. Aku mengomel ngomel seorang diri, apakah sebabnya semua ini. Adakah ku terlalu penat sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu sakit sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu tidak cukup tidur sehingga tiada masa untuk dnt? Hmmm. Sungguh lama ku cuba rungkaikan masalah yang ku hadapi ini.

Pagi tadi,ketika membaca ayat ayat cintaNya, ku terjumpa sepotong ayat yang merobek jiwa. Ianya mengenai kesakitan. :(

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka ( musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderit kesakitan (pula) sebagaimana mana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana."
[AnNisa': 104]

Zupppp. Panahan. Terus terus Allah berikan peringatan di subuh hari. Aku berfikir sendirian. Benar. Aku ada Allah. Penat macam mana pun, aku masih ada Allah untuk aku minta pertolongan. Sakit macam mana pun mental ot fizikal, aku masih ada Allah untuk ku luahkan segala isi hati. Jadi, mengapa masih lambat dalam gerabak ini, wahai diri? Apa lagi yang perlu kau tunggu wahai diri? Jom siapkan lesson plans tiga hari weekend ni utk ada weekdays yang agak lapang utk ber-dnt. Hoho. Yosh! Moga Allah permudahkan!