Friday 21 December 2012

Robotkah kita?

Kita sebagai pelajar, tidak lepas dari assignments, tests, dan classes. Pada waktu pagi, kita bangun mandi, solat , bsiap sebelum ke kelas dan seterusnya. Aktiviti harian kita selalunya mbawa aktiviti-aktiviti tersebut kepada sebuah rutin tanpa kita sedari. Seperti sebuah robot. Robot yang hanya mengikut rutinnya. Namun dalam sebuah rutin, timbul sebuah bahaya. Bahaya itu mmbawa kepada sebuah persoalan. Mengapa sebenarnya kita belajar? Sebab ibu bapa? Sebab kelebihan keduniaan?

Sebab apa sebenarnya kita belajar ni?

Pernah tak kita tanya diri kita soalan ni dikala minum petang mahupun dikala bermain bsama anak kucing di halaman kampung. Hik.

Hakikatnya, kadang kala kita lose focus. Atau mungkin juga hilang fokus. Ye, kita hilang fokus. Hilang fokus selepas kian lama jauh dari tarikh pertama kita register untuk belajar. Semangat belajar yg pada mulanya berkobar-kobar, kian malap selepas jauh dari tarikh itu.

Namun, kita seharusnya ingat akan amalan kita itu diganjarkan bdasarkan niatnya. Niat itu menentukan vision kita. Kita sebagai pelajar, seharusnya ingat akan peranan kita di atas muka bumi ini: yakni sebagai abid dan khalifah. Maka, tajdid niat kita. Menimba ilmu ini hanyalah keranaNya bsandarkan peranan kita tadi.

Kadang kala, kita akan rasa stress ataupun penyakit lagi teruk bagi para pelajar, malas. Bila timbulnya perasaan sebegini, ingat kembali niat kita pada mulanya tadi. Jika memang ikhlas hati kita belajar keranaNya, ikhlas hati kita belajar untuk membina ummah, jadi mngapa wujud penyakit-penyakit tersebut?

Tajdid kembali niat kita.

Benarkah ikhlas hati kita dalam mencari ilmu dunia, dalam menjadikan ia sebagai alat dalam mencapai matlamat, semata-mata menggapai redhaNya? Benarkah?

Wallahua'lam.

Saturday 1 December 2012

Di sebalik kata-kata itu.

seketika tadi ku termenung seketika,
berfikir seketika akan kebenaran kata-kata itu,
memikirkan akan kebenarannya.

namun, hati ini masih berkeras.
berkeras untuk terus ingin memperjuangkan haq mereka di sana, 
mereka yang mungkin jauh dari diri ini,
tapi tak mungkin jauh dari hati kecil ini.

mengapa perlu ku takut akan kebesaran kuasa mereka yang zalim?
mengapa perlu tunduk pada mereka?

bukankah Allah telah berjanji yang suatu hari,
Islam akan tertegak di muka bumi ini?
jadi, mengapa kita masih takut untuk menegakkan kebenaran?
takut untuk menzahirkan apa yang tersimpan didalam hati kita?

sungguh, apa jua sekalipun yang terjadi,
ku percaya ianya yang terbaik,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang.