Monday 15 December 2014

The stinging hot water

Semalam, terkena air panas dekat tangan kiri. Pada awalnya, tengah tolak tepi periuk yang ada atas meja, sebab nakkan pelapik panas that was below it. and that it happened. lost control of the periuk and the other hand was shaky,thus, the hot water was on my hand the other minute. It happened within split seconds.

Pergi ke dapur, terus capai tangan kanan ke water tap. the other hand was still shaky due to the spill of hot water td. kinda rasa menyengat actually. you can't feel anything except that stinging feeling on your hand. as if it's soaked in hot water, when it's not. Bila air sejuk terkena je on my left hand yg tgh stinging tu, rasa la a bit of comfort, bersulam dgn rasa stinging.

After that, naik atas, sambung alirkan air paip yg sejuk dekat tangan. sangat rasa relieved with the cool water. Since smlm pun hujan, jadi, air pun extra sejuk. When I was about to sleep, my left hand still felt the sting, cuma byk la kurangnya dari awal-awal kena curahan air panas tu. Terfikir la sesorang, maybe Allah nak bagi rasa, sakitnya kena air panas kat badan kita ni. Tu baru sikit, tu pun dah berjurai la jugak air mata.

Bayangkan dekat neraka, air panas yang mendidih tu jadi minuman utk ahli didalamnya. How painful it is to slurp a cup of hot boiling water, when only a splash of hot water on my hand pun dah sangat sakit. :( Tak mampu nak bayangkan how the stinging will be like. And tak pasti how hot is hot boiling water would be, kalau kat neraka nanti. It's beyond my imagination, and I would  not want to go through it.

Moga Allah yang Maha Mengampun, mengampunkan segala dosa-dosa kita. Allahumma ameen.

Saturday 18 January 2014

Hati yg terkesan

Kata mahu buat baik,
Tapi bila dicerca salah caranya,
Hati bagai menggelegak lagaknya.

Diri berfikir,
Bukankah diri cuba utk menambah saham sendiri,
Mengapa perlu ada yang menyindir?

Hati menangis, diri membawa rajuk.

Diam seribu kata.

Ingin lari dari mereka.

Hati tergerak untuk membaca peringatanNya,
Mungkin ada ayat yang mungkin dapat mengubat lara melanda.

Tika mata menari nari lembaran demu lembaran,
Dia mengingatkan diri,
Tak kira apa cara jua kau lakukan utk meraih cintaNya,
Pasti Dia akan balas setimpalnya.

Hati mula sebak,
Setitis dua mula berlinangan.
Oh Tuhan, sungguh Kau Maha Mengetahui isi hati ku, Maha Mendengari keluh kesah hati ku.

Perilaku mula kaku,
Benarkah cara reaksi ku?
Haruskah aku membawa rajuk diri ini jauh?

Diam menjadi pilihan,
Terbang ke singgahsana untuk mengubat diri yg tadi terluka.

Membelek lagi diri ini,
untuk mengubat hati.

Wahai!
Dia menegur lagi dan lagi.
Resah gulana kian mekar.

Salahkah aku memberi reaksi sebegitu?
Derhakakah aku mendiamkan diri?
Berdosakah aku mempersoalkan cara aku berbuat kebaikan?

Wahai!
Diri terasa ditampar berkali-kali.

Kau kata kau seorg daie, tapi
begitukah cara kau layani mad'u mu?
begitukah cara kau beri reaksi pada mereka yg mengasari mu?
begitukah cara kau perlihatkan akhlaq seorg mu'min?

Hati terus terusik,
selepas bertadabbur terus menerus.

9:94-128.
2237, Subang Jaya.

Wednesday 23 October 2013

Ditunggu, tertunggu, penunggu.

Dua tiga hari, or should i say, maybe dlm seminggu ni, hati ini tertunggu tunggu. Tertunggu tunggu. Sampai bila kan ku dapat jawapan dari ummi ku. Kadang aku bingung. Banyak juga la, soalan yang ku tanyakan pada dia. Namun, sehingga kini, tiada jawapan. Hmm. Sungguhpun dia sudah membacanya *ku yakin*, ttapi masih tiada jawapan darinya. Adakah ini tarbiyah utk diriku? Tarbiyah utk aku terus kuat dan terus independant? Sungguh, aku bingung ada kalanya. Ku hanya dpat mohon petunjuk dariNya, apa yg sbnar benarnya yg tbaik buatku. Aku ingin jalan ku ini tersusun, di susun sebaik mungkin agar aku nampak mana sebenarnya hala tuju ku. Aku tidak mahu hidupku yg seharusnya utk dnt terumbang ambing akibat tiadanya planning yg mantap. Huu. Berikan ku ptunjuk ya Rabb.

Friday 4 October 2013

bagai bunga wangi meliar.

jalan dakwah ini panjang. ye, benar ia panjang juga memenatkan. bayangkan kita bagai pengembara hutan, yang melewati hutan belantara. sebagai pengembara hutan, sudah pasti kita akn melintasi pokok pokok yang penuh duri dahannya. Malahan ada juga pokok pokok yang punya bisa pada bunganya. Semua jenis rintangan akan pengembara itu lalui. Namun, pengembaraannya itu tidak mungkin hanya tersepit dalam kegelisahan. Ada kalanya juga, sang pengembara akan berjumpa dengan sang bunga liar yang mewangi. Warna warna bunganya juga menarik hati sang pengembara itu. Nah, bukanlah sang pengembara itu hidupnya sentiasa susah, tetapi akan dia rasai pelbagai jenis pengalaman yang akan membentuk sahsiah dirinya sbg pengembara yg lebih bpengalaman. Sepertimana peritnya jejari pengambara itu dicalar duri duri pohon yang dilewatinya, seperti itu jugalah seorang dai'e akan dipertemukan dengan mehnah serta fitnah dalam perjalanan dakwahnya. Peritnya ujian yang dihadapi dai'e itu, hanya dia yang dapat rungkaikan isi hatinya. Tidak mungkin ada orang lain yang punya ujian sama sepertinya, melainkan dari kehendakNya.

konklusinya, di jalan dakwah ini, kita akan menemui saat saat yg kita akn rasa hati kita bagai bunga kembang mekar pabila gembira menyuntik hati. ada juga akan kita hinggapi saat saat yang kita rasa hati kita bagai sepohon pokok yang berluruhan daun daunnya; mungkin sedih mahupun kecewa. tapi semua pengalaman yg kita titi di jalan ini, akan menjadikan setiap dari kita seorang daie yang unik. unik dari setiap satu sama lain. saling tampung menampung, inshaaAllah.

Oleh itu, mari kita jadi daie, djln yg diredhaiNya! *wink wink*

Sunday 22 September 2013

sebiru hari ini

hari ini, harinya sgt biru juga sgt panas. namun, byk aktiviti telah dlakukan.. dari program adik adik dimasjid.. hinggalah ke usrah dmlm hari.. penat itu, tidak perlu ku ungkapkn.. ianya mampu terlerai pabila hati ini berkata kata padaNya.. moga Allah redha!

Thursday 19 September 2013

Realiti di jalan ini

Aku semalam tersungkur
tersungkur ku tidak berteman.
Selepas insiden itu berlaku,
aku bagai digigit dengan realiti sebenar.
Realiti yang begitu menggugah pendirianku.
Aku bingung. Sungguh, aku bingung. Yang mana harus ku pilih?

Akhirnya, hati ini membisikkan kata kata pelembut jiwa.
Ia berkata, "jika benar kau melakukan semuanya untuk Dia, sememangnya Dia akan menolong mu ddlm segala aspek kehidupanmu. Mengapa harus kau takut? Kau tidak akan rugi apabila berjual beli denganNya. Bukankah syurga yang kau mahukan? Jika benar kau mahukan syurga, kejarlah ia hingga ke akhir hayatmu. Kau tidak akan pernah rugi. Percayalah."

Butiran butiran cinta kian jatuh. Hati ini seakan akan mengubat jiwa yang sedang gelisah. Ya, hati ini telah Allah gerakkan ia utk bermonolog sbgitu dalam agar aku teguh. Tegar dijalanNya.

Ya Allah, tsabatkanlah aku serta rakan rakan seperjuangan berada dijalan ini, jalan yang Kau redhai. Berikanlah nurMu kedalam hati kami. Berikanlah hidayahMu kpd kami.

Allahumma ameeen.

Friday 6 September 2013

Sakit.

Setelah sekian lama, hati kecil ini terdetik untuk menulis kembali. Beberapa minggu telah berlalu, namun, diri ini merasakan tidak banyak yang telah ku sumbangkan terhadap dnt. Aku mengomel ngomel seorang diri, apakah sebabnya semua ini. Adakah ku terlalu penat sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu sakit sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu tidak cukup tidur sehingga tiada masa untuk dnt? Hmmm. Sungguh lama ku cuba rungkaikan masalah yang ku hadapi ini.

Pagi tadi,ketika membaca ayat ayat cintaNya, ku terjumpa sepotong ayat yang merobek jiwa. Ianya mengenai kesakitan. :(

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka ( musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderit kesakitan (pula) sebagaimana mana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana."
[AnNisa': 104]

Zupppp. Panahan. Terus terus Allah berikan peringatan di subuh hari. Aku berfikir sendirian. Benar. Aku ada Allah. Penat macam mana pun, aku masih ada Allah untuk aku minta pertolongan. Sakit macam mana pun mental ot fizikal, aku masih ada Allah untuk ku luahkan segala isi hati. Jadi, mengapa masih lambat dalam gerabak ini, wahai diri? Apa lagi yang perlu kau tunggu wahai diri? Jom siapkan lesson plans tiga hari weekend ni utk ada weekdays yang agak lapang utk ber-dnt. Hoho. Yosh! Moga Allah permudahkan!