Tuesday 25 September 2012

Tidak, diri ini tidaklah sehebat mana yang kau sangkakan. Diri ini masih banyak kelemahannya, kekurangannya. Namun, ku tak ingin putus asa dari rahmatNya. kerana sesungguhnya, orang yang berputus asa dengan rahmatNya itu adalah orang-orang yang kafir.
Menangis diri ini bukan kerana manusia,
Menangis diri ini bukan kerana putus cinta,
Menangis diri ini bukan kerana menyalahkan taqdir,

Tetapi

Menangis diri ini kerana mengenang kesilapan diri,
Menangis diri ini kerana ingin kembali kuat meraih redhaNya,
Menangis diri ini kerana mengenang besarnya nikmat kasih sayang yang dicurahkanNya buat hamba-hambaNya.