Friday, 6 September 2013

Sakit.

Setelah sekian lama, hati kecil ini terdetik untuk menulis kembali. Beberapa minggu telah berlalu, namun, diri ini merasakan tidak banyak yang telah ku sumbangkan terhadap dnt. Aku mengomel ngomel seorang diri, apakah sebabnya semua ini. Adakah ku terlalu penat sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu sakit sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu tidak cukup tidur sehingga tiada masa untuk dnt? Hmmm. Sungguh lama ku cuba rungkaikan masalah yang ku hadapi ini.

Pagi tadi,ketika membaca ayat ayat cintaNya, ku terjumpa sepotong ayat yang merobek jiwa. Ianya mengenai kesakitan. :(

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka ( musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderit kesakitan (pula) sebagaimana mana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana."
[AnNisa': 104]

Zupppp. Panahan. Terus terus Allah berikan peringatan di subuh hari. Aku berfikir sendirian. Benar. Aku ada Allah. Penat macam mana pun, aku masih ada Allah untuk aku minta pertolongan. Sakit macam mana pun mental ot fizikal, aku masih ada Allah untuk ku luahkan segala isi hati. Jadi, mengapa masih lambat dalam gerabak ini, wahai diri? Apa lagi yang perlu kau tunggu wahai diri? Jom siapkan lesson plans tiga hari weekend ni utk ada weekdays yang agak lapang utk ber-dnt. Hoho. Yosh! Moga Allah permudahkan!

Tuesday, 4 June 2013

Dihimpit.

tika saat kita katakan,
"inilah kebenaran"
himpitan demi himpitan menimpa.

hati ini berbicara pada mereka,
"inilah kebenaran"
masih juga, persoalan demi persoalan menerpa tiba dari mereka.

bagaimanakah diri ini menerangkan pada mereka,
bahawasanya, jalan inilah jalan penyelamat buat kita semua.
ianya bukanlah jalan menyeleweng,namun, ianya jalan menuju ke jalan Allah.

kadang kala, hati ini sedikit runsing,
bagaimana mungkin aku hadapi semua ini?
bagaimana mungkin aku hadapi segala fitnah ini?

tatkala aku merunsing,
Allah memberikan ku peringatan, berikan ku peringatan yang jalan dakwah ini bukan mudah.
banyak yang harus ku tempuhi,
sungguhpun aku harus berdepan dengan orang orang yang ku sayangi di dunia ini.
orang orang yang banyak memberiku petunjuk sejak dari kecil.
berat sungguh rasa tika dihimpit sebegini.

akan tetapi, ku tahu,
Dia lah yang sebenarnya harus ku sayangi lebih dari segalanya.
Dia lah yang sebenarnya memberikan ku petunjuk.
haru ku kongsikan pada mereka, apa yang aku rasai, yakni hidayahNya;

agar aku dapat membuktikan dan menyaksikan betapa besarnya cintaku buat Tuhanku.

Tuesday, 14 May 2013

kala jengking menjelma dikala subuh

kala jengking or mr. scorpion yg digelar oleh omputih, boleh menyengat and ianya sungguh berbisa. pagi tadi, dengan takdir Allah, kala jengking datang rumah (or maybe dh lama bertandang di rumah ni since dlu) dan berjalan jalan dengan gembiranya di ruang tamu. di kala itu, ku sedang cuba menghafal ayat ayat kitab Allah. terpandang saja ku pd haiwan itu, hati ini mula rasa tak sedap. "nk buat apa ni?" tanya hati. jadi, ku biarkan ia jalan bdkatan kasut kasut yang disusun kemas. pabila ku punya kesempatan, ku mengambil sebijik kasut, lantas memukul2 mr. scorpy dgn tumit kasut itu. lama jugak la berlawan dengan haiwan tu. dlm seminit rasanya. akhirnya, ku berjaya menakuk haiwan berbisa itu hingga mati. "fuhh, lega", kata hati. kmudian ku melabuhkan diri ke ats kerusi rehat tua dan terdiam.

"ya Allah, andai Kau ingin menarik nyawaku melalui sengatan haiwan berbisa itu, Engkau mampu melakukannya. akan tetapi, Kau selamatkan ku." kata diri, bermonolog.

Allah masih memberi ku peluang untuk hidup pagi ini, agar ku bersungguh sungguh melakukan tanggungjawabku. yakni, sebagai abid dan khalifah. Allah memberi ku peluang untuk bmuhasabah diri dan perbaiki diri lagi hari ini.

"ya Rabb, Engkaulah sebaik baik sandaran, sebaik baik penolong. Kau berikan ku peluang utk bnafas lagi di tika ini agar ku bersyukur ats nikmatMu dan mberi peringatan pdku siapa sebenarnya diri ini. seorang yang hina dan hanya memerlukanMu utk hidup dlm lembayung rahmatMu."

moga Allah tsabatkan diri ini dijalan DnT, dan berikan kekuatan  utk terus all out for DnT, hingga ke nafas terakhirku. bumi, saksikanlah!

Saturday, 27 April 2013

You're there.

When dark clouds starts to appear,
Your smile were there to light me up.

When storms and thunder blankets me during the night,
Your eyes told me that it's gonna be alright.

When rain falls to my shoulder and makes me shiver,
Your hug makes me warm.

Thank you so much for being there when i need support and help, when you yourself was not so strong as well.

Jazakillahukhayran katheeran, May Allah bless you always.

Ukhuwati fillah, till Jannah. In shaa Alllah.

:)

Friday, 21 December 2012

Robotkah kita?

Kita sebagai pelajar, tidak lepas dari assignments, tests, dan classes. Pada waktu pagi, kita bangun mandi, solat , bsiap sebelum ke kelas dan seterusnya. Aktiviti harian kita selalunya mbawa aktiviti-aktiviti tersebut kepada sebuah rutin tanpa kita sedari. Seperti sebuah robot. Robot yang hanya mengikut rutinnya. Namun dalam sebuah rutin, timbul sebuah bahaya. Bahaya itu mmbawa kepada sebuah persoalan. Mengapa sebenarnya kita belajar? Sebab ibu bapa? Sebab kelebihan keduniaan?

Sebab apa sebenarnya kita belajar ni?

Pernah tak kita tanya diri kita soalan ni dikala minum petang mahupun dikala bermain bsama anak kucing di halaman kampung. Hik.

Hakikatnya, kadang kala kita lose focus. Atau mungkin juga hilang fokus. Ye, kita hilang fokus. Hilang fokus selepas kian lama jauh dari tarikh pertama kita register untuk belajar. Semangat belajar yg pada mulanya berkobar-kobar, kian malap selepas jauh dari tarikh itu.

Namun, kita seharusnya ingat akan amalan kita itu diganjarkan bdasarkan niatnya. Niat itu menentukan vision kita. Kita sebagai pelajar, seharusnya ingat akan peranan kita di atas muka bumi ini: yakni sebagai abid dan khalifah. Maka, tajdid niat kita. Menimba ilmu ini hanyalah keranaNya bsandarkan peranan kita tadi.

Kadang kala, kita akan rasa stress ataupun penyakit lagi teruk bagi para pelajar, malas. Bila timbulnya perasaan sebegini, ingat kembali niat kita pada mulanya tadi. Jika memang ikhlas hati kita belajar keranaNya, ikhlas hati kita belajar untuk membina ummah, jadi mngapa wujud penyakit-penyakit tersebut?

Tajdid kembali niat kita.

Benarkah ikhlas hati kita dalam mencari ilmu dunia, dalam menjadikan ia sebagai alat dalam mencapai matlamat, semata-mata menggapai redhaNya? Benarkah?

Wallahua'lam.

Saturday, 1 December 2012

Di sebalik kata-kata itu.

seketika tadi ku termenung seketika,
berfikir seketika akan kebenaran kata-kata itu,
memikirkan akan kebenarannya.

namun, hati ini masih berkeras.
berkeras untuk terus ingin memperjuangkan haq mereka di sana, 
mereka yang mungkin jauh dari diri ini,
tapi tak mungkin jauh dari hati kecil ini.

mengapa perlu ku takut akan kebesaran kuasa mereka yang zalim?
mengapa perlu tunduk pada mereka?

bukankah Allah telah berjanji yang suatu hari,
Islam akan tertegak di muka bumi ini?
jadi, mengapa kita masih takut untuk menegakkan kebenaran?
takut untuk menzahirkan apa yang tersimpan didalam hati kita?

sungguh, apa jua sekalipun yang terjadi,
ku percaya ianya yang terbaik,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang.


Saturday, 13 October 2012

Exams.

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku."
Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinakanku."
[89:15-16]

Di sini, dapat kita lihat yang sesungguhnya Allah memberikan kesenangan dan kesempitan untuk menguji hamba-hambaNya. bukanlah untuk menghina mereka pabila mereka diberi kesempitan dalam hidup. bukanlah untuk manusia lalai pabila menerima ni'mat kesenangan dariNya.Tapi memberi mereka masa untuk bermuhasabah diri akan semua ujian yang diberi ke atasnya, dan keep on striving (mujahadah) for the best in life, just to please Him. So, mari terus kuat dan bersabar dalam menghadapi ujian yang terdekat yang bakal kita semua hadapi in less a week time; which is our final exams. Mari set-kan balik (tajdid) niat yang kita study for exams ni to please Him, not anyone else.

(some may ask, cemana sbnrnya nak betul betul faham set niat study for exam for Allah? this, my friends, will be further explained in the next post, inshaAllah.)

p/s, life itself is a test from Him.