Thursday 19 September 2013

Realiti di jalan ini

Aku semalam tersungkur
tersungkur ku tidak berteman.
Selepas insiden itu berlaku,
aku bagai digigit dengan realiti sebenar.
Realiti yang begitu menggugah pendirianku.
Aku bingung. Sungguh, aku bingung. Yang mana harus ku pilih?

Akhirnya, hati ini membisikkan kata kata pelembut jiwa.
Ia berkata, "jika benar kau melakukan semuanya untuk Dia, sememangnya Dia akan menolong mu ddlm segala aspek kehidupanmu. Mengapa harus kau takut? Kau tidak akan rugi apabila berjual beli denganNya. Bukankah syurga yang kau mahukan? Jika benar kau mahukan syurga, kejarlah ia hingga ke akhir hayatmu. Kau tidak akan pernah rugi. Percayalah."

Butiran butiran cinta kian jatuh. Hati ini seakan akan mengubat jiwa yang sedang gelisah. Ya, hati ini telah Allah gerakkan ia utk bermonolog sbgitu dalam agar aku teguh. Tegar dijalanNya.

Ya Allah, tsabatkanlah aku serta rakan rakan seperjuangan berada dijalan ini, jalan yang Kau redhai. Berikanlah nurMu kedalam hati kami. Berikanlah hidayahMu kpd kami.

Allahumma ameeen.

No comments:

Post a Comment