Saturday 18 January 2014

Hati yg terkesan

Kata mahu buat baik,
Tapi bila dicerca salah caranya,
Hati bagai menggelegak lagaknya.

Diri berfikir,
Bukankah diri cuba utk menambah saham sendiri,
Mengapa perlu ada yang menyindir?

Hati menangis, diri membawa rajuk.

Diam seribu kata.

Ingin lari dari mereka.

Hati tergerak untuk membaca peringatanNya,
Mungkin ada ayat yang mungkin dapat mengubat lara melanda.

Tika mata menari nari lembaran demu lembaran,
Dia mengingatkan diri,
Tak kira apa cara jua kau lakukan utk meraih cintaNya,
Pasti Dia akan balas setimpalnya.

Hati mula sebak,
Setitis dua mula berlinangan.
Oh Tuhan, sungguh Kau Maha Mengetahui isi hati ku, Maha Mendengari keluh kesah hati ku.

Perilaku mula kaku,
Benarkah cara reaksi ku?
Haruskah aku membawa rajuk diri ini jauh?

Diam menjadi pilihan,
Terbang ke singgahsana untuk mengubat diri yg tadi terluka.

Membelek lagi diri ini,
untuk mengubat hati.

Wahai!
Dia menegur lagi dan lagi.
Resah gulana kian mekar.

Salahkah aku memberi reaksi sebegitu?
Derhakakah aku mendiamkan diri?
Berdosakah aku mempersoalkan cara aku berbuat kebaikan?

Wahai!
Diri terasa ditampar berkali-kali.

Kau kata kau seorg daie, tapi
begitukah cara kau layani mad'u mu?
begitukah cara kau beri reaksi pada mereka yg mengasari mu?
begitukah cara kau perlihatkan akhlaq seorg mu'min?

Hati terus terusik,
selepas bertadabbur terus menerus.

9:94-128.
2237, Subang Jaya.

No comments:

Post a Comment