Saturday, 18 January 2014

Hati yg terkesan

Kata mahu buat baik,
Tapi bila dicerca salah caranya,
Hati bagai menggelegak lagaknya.

Diri berfikir,
Bukankah diri cuba utk menambah saham sendiri,
Mengapa perlu ada yang menyindir?

Hati menangis, diri membawa rajuk.

Diam seribu kata.

Ingin lari dari mereka.

Hati tergerak untuk membaca peringatanNya,
Mungkin ada ayat yang mungkin dapat mengubat lara melanda.

Tika mata menari nari lembaran demu lembaran,
Dia mengingatkan diri,
Tak kira apa cara jua kau lakukan utk meraih cintaNya,
Pasti Dia akan balas setimpalnya.

Hati mula sebak,
Setitis dua mula berlinangan.
Oh Tuhan, sungguh Kau Maha Mengetahui isi hati ku, Maha Mendengari keluh kesah hati ku.

Perilaku mula kaku,
Benarkah cara reaksi ku?
Haruskah aku membawa rajuk diri ini jauh?

Diam menjadi pilihan,
Terbang ke singgahsana untuk mengubat diri yg tadi terluka.

Membelek lagi diri ini,
untuk mengubat hati.

Wahai!
Dia menegur lagi dan lagi.
Resah gulana kian mekar.

Salahkah aku memberi reaksi sebegitu?
Derhakakah aku mendiamkan diri?
Berdosakah aku mempersoalkan cara aku berbuat kebaikan?

Wahai!
Diri terasa ditampar berkali-kali.

Kau kata kau seorg daie, tapi
begitukah cara kau layani mad'u mu?
begitukah cara kau beri reaksi pada mereka yg mengasari mu?
begitukah cara kau perlihatkan akhlaq seorg mu'min?

Hati terus terusik,
selepas bertadabbur terus menerus.

9:94-128.
2237, Subang Jaya.

Wednesday, 23 October 2013

Ditunggu, tertunggu, penunggu.

Dua tiga hari, or should i say, maybe dlm seminggu ni, hati ini tertunggu tunggu. Tertunggu tunggu. Sampai bila kan ku dapat jawapan dari ummi ku. Kadang aku bingung. Banyak juga la, soalan yang ku tanyakan pada dia. Namun, sehingga kini, tiada jawapan. Hmm. Sungguhpun dia sudah membacanya *ku yakin*, ttapi masih tiada jawapan darinya. Adakah ini tarbiyah utk diriku? Tarbiyah utk aku terus kuat dan terus independant? Sungguh, aku bingung ada kalanya. Ku hanya dpat mohon petunjuk dariNya, apa yg sbnar benarnya yg tbaik buatku. Aku ingin jalan ku ini tersusun, di susun sebaik mungkin agar aku nampak mana sebenarnya hala tuju ku. Aku tidak mahu hidupku yg seharusnya utk dnt terumbang ambing akibat tiadanya planning yg mantap. Huu. Berikan ku ptunjuk ya Rabb.

Friday, 4 October 2013

bagai bunga wangi meliar.

jalan dakwah ini panjang. ye, benar ia panjang juga memenatkan. bayangkan kita bagai pengembara hutan, yang melewati hutan belantara. sebagai pengembara hutan, sudah pasti kita akn melintasi pokok pokok yang penuh duri dahannya. Malahan ada juga pokok pokok yang punya bisa pada bunganya. Semua jenis rintangan akan pengembara itu lalui. Namun, pengembaraannya itu tidak mungkin hanya tersepit dalam kegelisahan. Ada kalanya juga, sang pengembara akan berjumpa dengan sang bunga liar yang mewangi. Warna warna bunganya juga menarik hati sang pengembara itu. Nah, bukanlah sang pengembara itu hidupnya sentiasa susah, tetapi akan dia rasai pelbagai jenis pengalaman yang akan membentuk sahsiah dirinya sbg pengembara yg lebih bpengalaman. Sepertimana peritnya jejari pengambara itu dicalar duri duri pohon yang dilewatinya, seperti itu jugalah seorang dai'e akan dipertemukan dengan mehnah serta fitnah dalam perjalanan dakwahnya. Peritnya ujian yang dihadapi dai'e itu, hanya dia yang dapat rungkaikan isi hatinya. Tidak mungkin ada orang lain yang punya ujian sama sepertinya, melainkan dari kehendakNya.

konklusinya, di jalan dakwah ini, kita akan menemui saat saat yg kita akn rasa hati kita bagai bunga kembang mekar pabila gembira menyuntik hati. ada juga akan kita hinggapi saat saat yang kita rasa hati kita bagai sepohon pokok yang berluruhan daun daunnya; mungkin sedih mahupun kecewa. tapi semua pengalaman yg kita titi di jalan ini, akan menjadikan setiap dari kita seorang daie yang unik. unik dari setiap satu sama lain. saling tampung menampung, inshaaAllah.

Oleh itu, mari kita jadi daie, djln yg diredhaiNya! *wink wink*

Sunday, 22 September 2013

sebiru hari ini

hari ini, harinya sgt biru juga sgt panas. namun, byk aktiviti telah dlakukan.. dari program adik adik dimasjid.. hinggalah ke usrah dmlm hari.. penat itu, tidak perlu ku ungkapkn.. ianya mampu terlerai pabila hati ini berkata kata padaNya.. moga Allah redha!

Thursday, 19 September 2013

Realiti di jalan ini

Aku semalam tersungkur
tersungkur ku tidak berteman.
Selepas insiden itu berlaku,
aku bagai digigit dengan realiti sebenar.
Realiti yang begitu menggugah pendirianku.
Aku bingung. Sungguh, aku bingung. Yang mana harus ku pilih?

Akhirnya, hati ini membisikkan kata kata pelembut jiwa.
Ia berkata, "jika benar kau melakukan semuanya untuk Dia, sememangnya Dia akan menolong mu ddlm segala aspek kehidupanmu. Mengapa harus kau takut? Kau tidak akan rugi apabila berjual beli denganNya. Bukankah syurga yang kau mahukan? Jika benar kau mahukan syurga, kejarlah ia hingga ke akhir hayatmu. Kau tidak akan pernah rugi. Percayalah."

Butiran butiran cinta kian jatuh. Hati ini seakan akan mengubat jiwa yang sedang gelisah. Ya, hati ini telah Allah gerakkan ia utk bermonolog sbgitu dalam agar aku teguh. Tegar dijalanNya.

Ya Allah, tsabatkanlah aku serta rakan rakan seperjuangan berada dijalan ini, jalan yang Kau redhai. Berikanlah nurMu kedalam hati kami. Berikanlah hidayahMu kpd kami.

Allahumma ameeen.

Friday, 6 September 2013

Sakit.

Setelah sekian lama, hati kecil ini terdetik untuk menulis kembali. Beberapa minggu telah berlalu, namun, diri ini merasakan tidak banyak yang telah ku sumbangkan terhadap dnt. Aku mengomel ngomel seorang diri, apakah sebabnya semua ini. Adakah ku terlalu penat sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu sakit sehingga tiada masa untuk dnt? Adakah ku terlalu tidak cukup tidur sehingga tiada masa untuk dnt? Hmmm. Sungguh lama ku cuba rungkaikan masalah yang ku hadapi ini.

Pagi tadi,ketika membaca ayat ayat cintaNya, ku terjumpa sepotong ayat yang merobek jiwa. Ianya mengenai kesakitan. :(

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka ( musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderit kesakitan (pula) sebagaimana mana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana."
[AnNisa': 104]

Zupppp. Panahan. Terus terus Allah berikan peringatan di subuh hari. Aku berfikir sendirian. Benar. Aku ada Allah. Penat macam mana pun, aku masih ada Allah untuk aku minta pertolongan. Sakit macam mana pun mental ot fizikal, aku masih ada Allah untuk ku luahkan segala isi hati. Jadi, mengapa masih lambat dalam gerabak ini, wahai diri? Apa lagi yang perlu kau tunggu wahai diri? Jom siapkan lesson plans tiga hari weekend ni utk ada weekdays yang agak lapang utk ber-dnt. Hoho. Yosh! Moga Allah permudahkan!

Tuesday, 4 June 2013

Dihimpit.

tika saat kita katakan,
"inilah kebenaran"
himpitan demi himpitan menimpa.

hati ini berbicara pada mereka,
"inilah kebenaran"
masih juga, persoalan demi persoalan menerpa tiba dari mereka.

bagaimanakah diri ini menerangkan pada mereka,
bahawasanya, jalan inilah jalan penyelamat buat kita semua.
ianya bukanlah jalan menyeleweng,namun, ianya jalan menuju ke jalan Allah.

kadang kala, hati ini sedikit runsing,
bagaimana mungkin aku hadapi semua ini?
bagaimana mungkin aku hadapi segala fitnah ini?

tatkala aku merunsing,
Allah memberikan ku peringatan, berikan ku peringatan yang jalan dakwah ini bukan mudah.
banyak yang harus ku tempuhi,
sungguhpun aku harus berdepan dengan orang orang yang ku sayangi di dunia ini.
orang orang yang banyak memberiku petunjuk sejak dari kecil.
berat sungguh rasa tika dihimpit sebegini.

akan tetapi, ku tahu,
Dia lah yang sebenarnya harus ku sayangi lebih dari segalanya.
Dia lah yang sebenarnya memberikan ku petunjuk.
haru ku kongsikan pada mereka, apa yang aku rasai, yakni hidayahNya;

agar aku dapat membuktikan dan menyaksikan betapa besarnya cintaku buat Tuhanku.